"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

TAHNIAH ZON LEBUH LIGHT MENDAPAT PERSIJILAN SEMULA EKSA DENGAN CEMERLANG

29.12.2018 (Jumaat) - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua Zon diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP. Semua Zon telah mendapat pensijilan semula EKSA dengan status cemerlang. Sijil tersebut berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah kepada Zon Lebuh Light yang turut mendapat Sijil Pengiktirafan, kategori Cemerlang. Semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

PENUTUPAN PENGAUDITAN EKSA MAMPU

Khamis, 04 Oktober 2018 - Telah diadakan Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA MAMPU pada hari ini. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi. Pihak Juruaudit telah memberikan teguran dan pujian setelah auditan berjaya dilaksanakan. Terdapat beberapa teguran yang perlu diperbaiki dan ditambahbaikan serta perlu diberikan jawapan dalam tempoh 3 hari bekerja.






PENILAIAN AUDIT EKSA MAMPU

Selasa, 02 Oktober 2018 - Hari ini telah berlangsungnya Audit Pensijilan EKSA MAMPU di beberapa Zon EKSA di JKSNPP. 2 orang Juruaudit dari MAMPU telah ditugaskan untuk membuat pengauditan iaitu Puan Zuasma Binti Yahya dan Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Lebuh Light turut diaudit pada hari ini oleh Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Setiap sudut di Lebuh Light diaudit oleh beliau. Terdapat juga teguran dan pujian yang diberikan.






AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU)

Akan diadakan Audit Pensijilan EKSA oleh MAMPU yang akan berlansung dari 2 hingga 4 Oktober 2018. Harap semua ahli Lebuh Light dapat bersiap sedia menghadapi audit ini nanti.


MESYUARAT EKSA BIL.2/2018

Sabtu, 22 September 2018 - Telah diadakan Mesyuarat EKSA Bil.2/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 6 JKSNPP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Zon sendiri iaitu Haji Mohd Yusri Bin Salleh. Di dalam mesyuarat membincangkan berkaitan persiapan bagi menghadapi audit pensijilan Mampu pada 2 hingga 4 Oktober 2018 nanti. Selepas mesyuarat tersebut telah diadakan gotong-royong lagi bagi penambaikan Lebuh Light.



Share

Twitter Facebook